Diusap Sentuhan Tarbiyyah

Tangga-tangga ke syurga perlu didaki dengan mujahadah, bukan keluh kesah!


Leave a comment

i LOVE Kelantan Lillahi Taala

Pertama kali ke Kelantan 6 tahun yang lepas, cemburu rasa hati melihat sederhananya pembangunan. Dan apalah sangat pembangunan duniawi yang ada jika tidak diseimbangkan dengan pembangunan ukhrawi yang cuba terus diamalkan di Kelantan.

Kelantan terus menjadi pilihan saya setiap kali ada kelapangan. Pernah ditanya oleh kaum keluarga , “mengapa Kelantan?”. Cuma senyuman mampu saya berikan. Pernah juga ditanya ibu, “apa yang menarik di Kelantan?”, saya cuma mampu kata, “Di Kelantan, Maya Karin pakai tudung.” Ibu ketawa. Saya juga ketawa. Mungkin ibu fikir saya berseloroh. Saya pula ketawa teringat pertama kali melihat papan tanda iklan berwajah Maya Karin yang bertudung.

Benar, tidak semua yang baik sahaja untuk Kelantan. Orang Kelantan ada juga yang jahat, di Kelantan ada juga berlaku maksiat. Tapi, itu namanya usaha. Usaha ke arah mewujudkan suasana yang terbaik dalam kerangka pembangunan Islamiyah itu lebih penting. Kalau sudah diusahakan, masih ada kemungkaran, itu sudah di luar kawalan kita. Kerana Kelantan sudah sedaya upaya menyediakan suasana yang baik buat rakyatnya. Tinggal saja rakyat yang memilih jalan mana yang mahu diikuti. Pisang setandan pun belum tentu semuanya baik kan?

Ya, makanan di Kelantan sedap. Tudung di Kelantan murah. Lebih dari itu, Kelantan ada aura dan kenangan peribadi buat saya.  Di Kelantanlah saya mula istiqamah berhijab  Kerana itu, saya kasih akan Kelantan Lillahi Taala. Semoga Kelantan terus dipelihara dan terus istiqamah. Dan jika suatu hari nanti (nauzubillah) , Kelantan memilih untuk meninggalkan ajaran Allah, maka kasih saya pada Kelantan juga akan hilang.

Terima kasih Allah.